Jodoh Itu Milik Kita [Slot Astro Prima]



Drama : Jodoh itu Milik Kita
Saluran: Astro Mustika HD 134.
Bermula : 19 Ogos 2013
Fan Page : Jodoh Itu Milik Kita
OST : Black - Takkan Terpisah (OST Jodoh Itu Milik Kita)
Pelakon: Farid Kamil (Aariz), Nabila Huda (Dahlia), Syazwan zulkiply (Syafiq), Tiz Zaqyah, Keith Foo.
Trailer Drama Jodoh itu Milik Kita
Sinopsis :
Jodoh Itu Milik Kita mengisahkan perkenalan Dahlia dan Marina membawanya kepada ikatan pertunangan dengan anak Marina, Syafiq. Walaupun tidak bercinta, Dahlia bersetuju atas rasa hormat, apatah apabila mengetahui Marina menghidap kanser perut.Pada hari pernikahan, Syafiq melarikan diri kerana tidak dapat menerima jodoh pilihan keluarga. Dalam kekusutan yang berlaku, abang Syafiq, Aariz Danial yang baru kembali dari Melbourne, Australia terpaksa menggantikan adiknya.Aariz dan Dahlia bermula sebagai kawan walaupun sudah halal berkahwin.Tanpa disedari, cinta berputik di hati mereka. Syafiq pula ke New Zealand untuk mencari teman wanitanya, Alya.Bagaimanapun, Syafiq pulang semula ke Malaysia tanpa rasa bersalah. Apabila mengetahui Dahlia menjadi isteri Aariz, perasaan membuak membenci di hati Syafiq. Dia berikrar mahu memusnahkan kebahagiaan Aariz. Kenapa Syafiq terlalu mendendami abangnya, ikuti perjalanan drama bersiri, Jodoh Itu Milik Kita yang akan mula bersiaran pada Isnin, 19 Ogos ini di Astro Mustika HD (saluran 134).

2 comments

Anonymous said...

kenapalah drama JIMK tidak ditayangkan di Stesen TV3 atau Astro lebih ramai yang dapat melihat drama yang sangat best ini,

HD Movie Web said...

thanks for sharing :)