Drama Nasuha [TV9]


DRAMA :  Drama Nasuha [Slot Ratu TV9]

EPISOD : 14 Episod
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PARA PELAKON : Tasha Shilla (Syarifah Nasuha), Shah Iskandar (Zahid/Zack), Fattah Amin (Irfan), Jasmin Hamid (Pn Sri Baidura), Faye Kusairi (Yanti), Miera Liyana (Marina) dan Toy Azman (Imran).

SINOPSIS DRAMA :
mengisahkan persahabatan akrab antara Nasuha dan Zahid. Hidup dalam keluarga yang miskin banyak mengajar Nasuha erti ketabahan dan kematangan. Oleh kerana itu juga, sejak kecil kehidupannya banyak dibantu oleh Zahid. Sehinggalah satu insiden tragis yang meragut penglihatannya. Disebabkan keadaan keluarganya daif dan terpaksa menerima ketentuan dia menjadi buta dan tdak lagi dapat melihat keindahan dunia. Dalam meningkat remaja, Zahid memendam perasaan cinta terhadap Nasuha dan berharap Nasuha membalas cintanya. Zahid menerima seadanya Nasuha kerana kesucian hati Nasuha menjadikan dia sempurna di mata Zahid. Namun persahabatan mereka tidak kekal lama. Hutang bapanya yang tidak terbayar, Zahid terpaksa menyertai satu kumpulan gangster dan Zahid tiada pilihan selain membiarkan dirinya “mati” dan hidup sebagai Zack, seorang penjenayah. Kehilangan Zahid benar- benar memberi tamparan kepada Nasuha. Namun, kemunculan Irfan membuka hatinya mengenai cinta. Marina, tunang Irfan cemburu melihat Irfan yang selalu menemaninya di pasar. Dek kerana cinta yang tidak terbalas dan benci melihat Nasuha bersama Irfan , Marina mengupah Zack untuk membunuh Nasuha. Adakah Zack akan membunuh seseorang yang paling dia sayangi dalam hidupnya? Apakah segala rahsia ini akan terbongkar ? Benarkah takdirnya segelap pandangan matanya? Benarkah dia tidak layak menggapai kebahagiaan ? Benarkah kerana buta tidak mampu melihat cinta sejatinya? Sebuah kisah cinta penuh konflik dan meruntun jiwa penonton.

No comments