Drama Terima Aku Seadanya [Slot GlamDrama ntv7]


DRAMA : TERIMA AKU SEADANYA 

EPISOD : 20
TARIKH : 2 Oktober 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot GlamaDrama (ntv7)
PENULIS SKRIP : Sham Hashim, Nana Khalil, Che Li
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Aishah, Nazim Othman, Julia Farhana Marin, Ryzal Jaafar, Daler Yusuf, Natasha Elyzza, Jesse Lim, Khaty Azian, Ranjeetha, Zalfa Zin, Jibob, Gee Zainal, Alana Amir, Aril Aziz

WATAK PELKON 

Puteri Aishah sebagai Kamelia
Nazim Othman sebagai Irfan
Julia Farhana Marin sebagai Sahara
Daler Yusuf sebagai Edry
Ryzal Jaafar sebagai Alif
Khaty Azian sebagai Datin Fatty
Jesse Lim sebagai Mr Alex
Ranjeetha sebagai Henna
Natasha Elyzza sebagai Vanes

LAGU TEMA / OST 

Bila Ada Kamu - De Fam

SINOPSIS TERIMA AKU SEADANYA

Mengisahkan Kamelia, yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara. Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal. Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium. Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan. Irfan adalah pemilik gimnasium tersebut yang turut diusahakan bersama-sama sahabat baiknya, Alif. Tetapi dalam diam, Alif rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap Irfan. Tanpa pengetahuan sesiapa, Irfan sebenarnya adalah pewaris sebuah syarikat gergasi tetapi dia enggan terlibat dalam bisnes keluarga yang diterajui oleh neneknya. Bermulalah perjalanan Kamelia untuk kembali ke gaya hidup sihat di bawah seliaan Irfan yang taksub dengan bersenam. Kerana perasaan cemburu, tamak serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Sahara, Edry dan Alif sekaligus merapatkan lagi hubungan Irfan dan Kamelia. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula hadir di antara mereka berdua.

No comments