Drama Kan Ku Kejar Cinta Kamu [Slot MegaDrama Astro Ria]



DRAMA: KAN KU KEJAR CINTA KAMU

EPISOD : 28
TAYANGAN : 17 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Fauziah Ashari
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid, Zakinah Ab. Zarith
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amyra Rosli, Fendy Bakry, Delimawati, Hafidz Roshdi, Elya Miera, Syamim Farid, Doria Rachel Jolly, Natasya Mahyan, Mia Nasir, Safwan Nazri, Shah Hazvee, Hafizuddin Fadzil, Zarynn Min, Mahmud Alibashah, Rosnah Johari, RJ, Husna Mustaffa, Oktovia Manrose, Fadzilah Mansor

WATAK PELAKON 

Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
Fendy Bakry sebagai Mukramin Raiyan
Delimawati sebagai Nek Bonda
Hafidz Roshdi sebagai Huzail
Elya Miera sebagai Dilaila
Syamim Farid sebagai Kalsom
Doria Rachel Jolly sebagai Adelea
Natasya Mahyan sebagai Marlisa
Mia Nasir sebagai Qistina
Safwan Nazri sebagai Faris
Shah Hazvee sebagai Raid
Hafizuddin Fadzil sebagai Datuk Seri Hakim
Zarynn Min sebagai Datin Seri Dhiya
Mahmud Alibashah sebagai Muzzamil
Rosnah Johari sebagai Nazurah
RJ sebagai Zack

LAGU TEMA / OST 

Hael Husaini - Hajat

SINOPSIS KAN KUKEJAR CINTA KAMU

Alma dan Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Nek bonda yang digelar 'Hitler' orang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.  Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler! Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari! Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan. “Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

No comments