Drama Jika Masih Ada Rindu [Slot Samarinda TV3]



DRAMA : JIKA MASIH ADA RINDU


EPISOD : 15 
TARIKH : 19 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Shida Zali
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : FJ Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff

LAGU TEMA / OST

Afif Tirmizie - Nadi

WATAK PELAKON 
Siti Saleha sebagai Wahida
Kamal Adli sebagai Hisham
Ellyas Abdullah sebagai Johan
Syafnida Shuhaimi sebagai Melissa
Syamin Azlah sebagai Husna
Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Embun
Ezzaty Abdullah sebagai Suhaila
Zarynn Min sebagai Laila
Ku Zara Eryna sebagai Qistina
Jasmine Ashraff sebagai Wardah

SINOPSIS JIKA MASIH ADA RINDU

Mengisahkan Hisham yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida. Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian. Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun, ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham. Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?

No comments